Defenisi Terapi Pergerakan Kreatif
pergerakan
kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan
secara simbolik melalui pergerakan. Unsur pergerakan iaitu tubuh badan,
ruang, masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan
potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui
pergerakan.
Aspek
Pergerakan Kreatif
a) Lokomotor
Pergerakan lokomotor ialah
pergerakan yang menyebabkan keseluruhan badan berubah dari satu tempat ke satu
tempat yang lain.
Contoh
pergerakan lokomotor
i)
berjalan
ii) melompat
iii) merangkak
b) Bukan lokomotor
Pergerakan bukan lokomotor
ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau juga disebut sebagai
pergerakan dalam keadaan statik.
Contoh
pergerakan bukan lokomotor
i) berlari setempat
ii) melompat setempat
iii) imbangan bangau
c) Manipulasi alatan
Manipulasi alatan ialah
aktiviti yang mana alatan digunakan untuk membentuk pergerakan. Kemahiran
ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal dan mengawasi sesuatu
objek.
Contoh
manipulasi alatan
i) melantun bola ambil berjalan
ii) memusingkan gelung dengan tangan
iii) skipping sambil berjalan
Tema pergerakan
Pergerakan kreatif mempunyai
enam belas tema sebagai panduan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Tema 1 : Kesedaran tubuh badan
Tema 2 : Kesedaran rintangan kepada
beban dan masa
Tema 3 : Kesedaran ruang
Tema 4 : Aliran beban badan dalam
ruang dan masa
Tema 5 : Penyesuaian terhadap kawan.
Tema 6 : Penggunaan tubuh badan
sebagai alat.
Tema 7 : Lapan lakuan daya asas
Tema 8 : Ritma-ritma berkaitan dengan
pekerjaan.
Tema 9 : Bentuk-bentuk pergerakan.
Tema 10 : Gabungan lakuan daya asas.
Tema 11 : Orientasi ruang
Tema 12 : Guna tubuh badan untuk menekan
bentuk dan daya dalam pergerakan.
Tema 13 : Penaikan dari lantai.
Tema 14 : Kesedaran berkumpulan.
Tema 15 : Formasi pergerakan dalam kumpulan.
Tema 16 : Kualiti-kualiti ekspresif dalam
pergerakan.
Faedah Terapi Pergerakan Kreatif
Secara umumnya terdapat pelbagai manfaat yang diperolehi menerusi terapi
kreatif iaitu dapat meningkatkan kesedaran diri ,harga diri dan autonomi
peribadi . Ini penting untuk menaiikkan moral murid pendidikan khas ini.
Moganya mereka akan lebih berkeyakinan dalam menjalankan aktiviti dengan
baikdan tiada rasa takut untuk mencuba.Selain itu murid akan mengalami hubungan
antara fikiran , perasaan dan tindakan . Contohnya murid dapat menagaitkan
antara kesakitan dan kesedihan. Apabila dipukul @ disakiti maka akan ada yang
akan menangis. Ini adalah salah satu hubungkait antara perasaan dan tindakan.
Meluah atau mengekspresikan dan menguruskan perasaan atau fikiran yang tertekan
juga adalah kepentingan dalam pergerakan kreatif ini. Ia bertujuan untuk
menenangkan minda murid dari adanya sifat tertekan. Ia bahaya kerana boleh merangsang
minda murid menjadi tertekan dan boleh melakukan sesuatu yang tidak diingini.
Memaksimumkan sumber komunikasi
juga boleh digunakan untuk murid bercakap dengan rakan mereka yang lain untuk
membina hubungan itu dengan baik. Meningkatkan sumber tenaga dalaman
seperti keyakinan diri melalui aktiviti bermain yang terkandung dalam
gerakan kreatif. Ini lebihkepada sikap bekerjasama untuk saling membantu antara
satu sama lain.
Di samping itu, mengembangkan hubungan saling percaya untuk membina hubungan yang
baik antara rakan mereka dalam melakukan aktiviti dan saling percaya.
Menguruskan perasaan yang
mengganggu belajar. Ini dapat digunakan di dalam kelas kerana untuk mengelakkan
dari murid pendidikan khas ini mengganggu murid lain untuk belajar.Terapi kreatif
juga boleh digunakan untuk menyembuhkan atau mengurangkan stress.,selain sangat
berkesan dalam membantu pelajar berkeperluan khas meminimakan masalah
ketidakupayaan yang dihadapi dan seterusnya meningkatkan serta memaksimakan
potensi kanak –kanak berkeperluan khas.Kepentingan terapi kreatif ini
banyak membantu kanak –kanak berkeperluan khas seperti Autisme.
Contohnya aktiviti gerakan pada peringkat sensori motor memberikan rasa
penerimaan dan memperluaskan kemahiran dan kemampuan kognitif serta akan meningkatkan
kematangan.
Contoh Aktiviti Terapi Pergerakan Kreatif
PERLAKSANAAN
|
MASALAH
|
CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
|
Drama
- Watak seperti nenek kebayan sedang
keluar secara misteri dan menari ketika muzik sedang dimainkan, kanak-kanak
boleh menunjukkan respon dengan ketawa lalu menari dan menepuk tangan
bersama-sama nenek kebayan kerika menjadi penonton.
MUZIK
- Aktiviti menyanyi, bergerak dan
bermain alat muzik secara berkumpulan
-
TARIAN
- Murid bergerak seperti seekor
burung semasa muzik dipasangkan dengan tempo yang perlahan.
- Murid duduk di depan cermin dan
membuat memek muka yang berlainan semasa menari.
- Berdepan dengan rakan dan minta
rakan membuat air muka yang sama dengannya.
|
MASALAH KOMUNIKASI
- Murid sukar mengikut arahan guru
- Tidak faham cara melakukan
pergerakan
- Masalah dalam memberikan
tindakbalas
- Murid tidak aktif
MASALAH FIZIKAL
- Pergerakan terbatas
- Respon lambat
- Keliru dengan pergerakan
MASALAH PERALATAN
- Memerlukan peralatan yang sesuai
- Masalah dalam pemilihan perlatan
- Keselamatan peralatan
MASALAH GURU
- Kurang pengetahuan
- Kemahiran rendah
- Tidak kreatif
- Tidak mewujudkan iklim kreativiti
MASALAH TINGKAH LAKU
- Sukar menguruskan tingkah laku
murid
- Sukar membentuk kerjasama semasa
menjalankan aktiviti
|
- Tindakan guru adalah cuba
menggunakan pelbagai gaya untuk melakukan aktiviti.
- Guru perlu mempelbgaikan jalan
cerita untuk murid
- Aktiviti permainan perlu selaras dengan
keupayaan murid
- Peralatan perlu sesuai dengan
aktiviti untuk mengelakkan berlakunya kemalangan
- Guru perlu selidik dan perlu tahu
untuk melakukan aktiviti
|
No comments:
Post a Comment