Friday, 21 March 2014

Terapi Pasir

SEJARAH
Sejarah terapi pasir bermula pada tahun 1920-an.  Terapi ini telah dipelopori oleh Dora Klaff yang menekankan ruang yang bebas dan selamat.  Kalff mengiktiraf bahawa terapi ini mempunyai penawar semulajadi bagi kanak-kanak dan menyediakan kanak-kanak tentang realiti kehidupan seharian.
            Penggunaan pasir di dalam proses teraputik bermula dengan pediatrik British, Margaret Lowenfield, akhir 1920-an (Boik & Goodwin,2000).  Berdasarkn kepada Boik dan Goodwin (2000), ”matlamatnya adalah untuk mencari satu medium yang mampu memberi tarikan yang menarik kepada kanak kanak dan menyediakan keupayaan yang sewajarnya yang mana pemerhati dan kanak kanak boleh berkomunikasi sewaktu kanak kanak.


Gambar 1 : Kanak-kanak Pendidikan khas sedang melaksanakan terapi pasir.


Gambar 2 : Keseronokan kanak-kanak pendidikan khas semasa melakukan aktiviti.

PENGENALAN

  • Terapi pasir didapati sesuai dengan perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang. 
  • Terapi pasir tidak memerlukan pergerakan yang khas, mereka bebas bergerak melakukan aktiviti yang mereka lakukan dengan sebebas-bebasnya dan tidak dibebani dengan bahan-bahan yang membeban kanak-kanak itu. 
  • Kebanyakan pergerakan semasa terapi pasir dapat membuatkan daya penumpuan mereka dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku selalunya dapat diatasi atau dikurangkan. Ini semua dirangsangkan melalui terapi pasir tadi secara semulajadi. 
  • Walaubagaimana pun tidak semua kanak-kanak pendidikan khas suka bermain pasir, jadi guru harus memainkan peranan dalam membantu dalam membina keyakinan diri kanak-kanak itu. Hasilnya kanak-kanak akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti terapi ini. 
  • Melalui terapi pasir ini juga ia dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot dan jantung. Banyak pergerakan yang sihat dapat dilakukan semasa terapi pasir dijalankan dengan secara tidak langsung murid-murid akan menjadi lebih bertenaga dan minda pun menjadi sihat.
  • Semasa melakukan terapi pasir juga dapat memupuk perkembangan sosial yang baik dan memperkembangkan kemahiran sedia ada. 
  • Mereka boleh bercampur gaul sesama mereka, berkongsi mengikut giliran, menjadi ketua atau menjadi pengikut sahaja sekiranya terapi ini dilakukan secara berkumpulan. 
  • Perkembangan bahasa juga dapat diperluaskan semasa terapi pasir tadi. Apabila mereka sedang melakukan terapi pasir mereka sebenarnya bekerja untuk mempelajari kesemua alam persekitarannya. 
  • Kanak-kanak secara beransur dapat membentuk disiplin diri menerusi kebebasan pergerakan dan kebebasan memilih apa sahaja bahan yang hendak digunakan semasa melakukan terapi pasir.
  • Ia juga dapat memberi ransangan untuk membina ketekunan dan keupayaan bagi melengkapkan sesuatu aktiviti semasa proses terapi pasir. 
  • Oleh itu terapi pasir dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah dirancang secara terperinci supaya setiap kemahiran yang menjadi objektif dalam pengajaran dan pembelajaran tercapai.


Gambar 3 : Guru bersama-sama melakukan aktiviti bagi menarik minat murid.

Tujuan terapi pasir

  1. Melatih daya kreativiti kanak-kanak
  2. Menghilangkan rasa marah 
  3. Percaya kepada diri sendiri untuk mencipta sesuatu 
  4. Meningkatkan keyakinan diri 
  5. Mengembangkan imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak


Kepentingan terapi pasir 

  1. membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan
  2. membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi
  3. merangsang pemikiran murid
  4. menguranan tekanan emosi
  5. membantu meningkatkan kemahiran sosial

No comments:

Post a Comment