Tuesday, 18 March 2014

Filem yang bertemakan "Every child is special."




‎::Filem Taare Zameen Par(Like Star on Earth):: Filem yang bertemakan "Every child is special." sangat wajar di tonton(Must Watch) oleh semua bakal guru dan guru terutamanya guru pemulihan. 

 #Mengisahkan tentang seorang kanak2 disleksia yg bernama Ishaan yang tertekan akibat desakan guru2 dan ibu bapanya kerana tidak pandai menulis huruf dan membaca di dalam kelas.Dalam keadaan tekanan itu,tetiba2 datang seorang guru baru P.Seni yang bernama Cikgu Nikumb yang membawa sinar hidup dan harapan kepada Ishaan untuk terus belajar seterusnya menjadi seorang pelajar yang berjaya di sekolah itu. Apa yang anda pelajari dari Filem ini? 

 1.Guru dan ibu bapa jgn terlalu cepat dan terlalu memberi tekanan kepada kanak2 jika dia mempunyai kelemahan.Dekati dia dan terokai masalah yang dihadapinya 

 2.Seorang guru kena pandai mengesan kebolehan dan potensi yang ada pada seseorang murid.Contohnya dalam filem ini,Cikgu Nikumb itu telah mengesan bahawa  Ishaan mempunyai bakat yang besar dalam melukis.jadi dia mengajar ishaan cara menulis dan membaca yang ada kaitan dengan melukis. 

 3."Setiap murid memiliki keterampilan yang unik, kemampuan dan impian. Setiap murid, cepat atau lambat mereka semua akan belajar, namun dengan kecepatannya masing-masing. Jadi hayatilah Prinsip"Every child is special."

:)

No comments:

Post a Comment