Sunday, 23 March 2014

Terapi Muzik Dan Nyanyian

Pengenalan

Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang professional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.


Jenis Peralatan Muzik

Antara jenis-jenis peralatan muzik ini ialah:

 1. Muzik Tradisional
·         Dipalu          -loceng, gong, kompang.


   Gambar 1 : Kompang
  
Gambar 2 : Loceng 

                     Gambar 3 : Gong     

·         Digesek       -rebab, gambus, oud, kecapi.
·         Ditiup            -serunai, seruling,nafiri.
          Digoncang   -angklung.

 2.  Muzik Barat
·         Perkusi tidak berpic   -loceng, tamborin, kerincing, dram bess.


 Gambar 4 : Tamborin

   
 Gambar 4 : Kerincing

      Tiup dan bras              -rekoder, trompet, seksofon.
·         Bertali                          -gitar, piano, biola, kecapi berkaki.


3.  Langkah-langkah Bermain Peralatan Muzik
  • Memperkenalkan alat muzik.
  • Demonstrasi
  • Warming up.
  • Teknik bermain dengan betul.
  • Postur badan yang betul
  • Menyembunyikan corak/pola ritma.
  • Memainkan pola/corak ritma.
  • Bermain ikut giliran.
  • Membuat gerakan yang sesuai
  •  Bermain secara keseluruhan. 

 Muzik Sebagai Satu Cara Rawatan
  • Muzik melibatkan tingkah-laku manusia yang universal. 
  • Muzik adalah berdasarkan bentuk fizikal. 
  • Muzik adalah fenomena yang boleh memberi kesan kepada manusia. 
  • Muzik memberi interaksi antara sesama individu. 
  • Muzik adalah suatu bentuk yang unik dalam komunikasi secara verbal. 
  • Muzik mempunyai nilai estetikadan pengalaman kreatif. 
  • Muzik merupakan sumber epada keseronokan. 
  • Muzik adalah hubungan intergrasi kepada emosi seperti amalan dalam budaya, biologikal dan neurogikal. 

 Matlamat Terapi Muzik

i) memulihkan kekuatan fizikal
ii) menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan
iii) memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga
iv) memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran

Friday, 21 March 2014

Terapi Pasir

SEJARAH
Sejarah terapi pasir bermula pada tahun 1920-an.  Terapi ini telah dipelopori oleh Dora Klaff yang menekankan ruang yang bebas dan selamat.  Kalff mengiktiraf bahawa terapi ini mempunyai penawar semulajadi bagi kanak-kanak dan menyediakan kanak-kanak tentang realiti kehidupan seharian.
            Penggunaan pasir di dalam proses teraputik bermula dengan pediatrik British, Margaret Lowenfield, akhir 1920-an (Boik & Goodwin,2000).  Berdasarkn kepada Boik dan Goodwin (2000), ”matlamatnya adalah untuk mencari satu medium yang mampu memberi tarikan yang menarik kepada kanak kanak dan menyediakan keupayaan yang sewajarnya yang mana pemerhati dan kanak kanak boleh berkomunikasi sewaktu kanak kanak.


Gambar 1 : Kanak-kanak Pendidikan khas sedang melaksanakan terapi pasir.


Gambar 2 : Keseronokan kanak-kanak pendidikan khas semasa melakukan aktiviti.

PENGENALAN

  • Terapi pasir didapati sesuai dengan perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang. 
  • Terapi pasir tidak memerlukan pergerakan yang khas, mereka bebas bergerak melakukan aktiviti yang mereka lakukan dengan sebebas-bebasnya dan tidak dibebani dengan bahan-bahan yang membeban kanak-kanak itu. 
  • Kebanyakan pergerakan semasa terapi pasir dapat membuatkan daya penumpuan mereka dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku selalunya dapat diatasi atau dikurangkan. Ini semua dirangsangkan melalui terapi pasir tadi secara semulajadi. 
  • Walaubagaimana pun tidak semua kanak-kanak pendidikan khas suka bermain pasir, jadi guru harus memainkan peranan dalam membantu dalam membina keyakinan diri kanak-kanak itu. Hasilnya kanak-kanak akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti terapi ini. 
  • Melalui terapi pasir ini juga ia dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot dan jantung. Banyak pergerakan yang sihat dapat dilakukan semasa terapi pasir dijalankan dengan secara tidak langsung murid-murid akan menjadi lebih bertenaga dan minda pun menjadi sihat.
  • Semasa melakukan terapi pasir juga dapat memupuk perkembangan sosial yang baik dan memperkembangkan kemahiran sedia ada. 
  • Mereka boleh bercampur gaul sesama mereka, berkongsi mengikut giliran, menjadi ketua atau menjadi pengikut sahaja sekiranya terapi ini dilakukan secara berkumpulan. 
  • Perkembangan bahasa juga dapat diperluaskan semasa terapi pasir tadi. Apabila mereka sedang melakukan terapi pasir mereka sebenarnya bekerja untuk mempelajari kesemua alam persekitarannya. 
  • Kanak-kanak secara beransur dapat membentuk disiplin diri menerusi kebebasan pergerakan dan kebebasan memilih apa sahaja bahan yang hendak digunakan semasa melakukan terapi pasir.
  • Ia juga dapat memberi ransangan untuk membina ketekunan dan keupayaan bagi melengkapkan sesuatu aktiviti semasa proses terapi pasir. 
  • Oleh itu terapi pasir dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah dirancang secara terperinci supaya setiap kemahiran yang menjadi objektif dalam pengajaran dan pembelajaran tercapai.


Gambar 3 : Guru bersama-sama melakukan aktiviti bagi menarik minat murid.

Tujuan terapi pasir

  1. Melatih daya kreativiti kanak-kanak
  2. Menghilangkan rasa marah 
  3. Percaya kepada diri sendiri untuk mencipta sesuatu 
  4. Meningkatkan keyakinan diri 
  5. Mengembangkan imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak


Kepentingan terapi pasir 

  1. membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan
  2. membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi
  3. merangsang pemikiran murid
  4. menguranan tekanan emosi
  5. membantu meningkatkan kemahiran sosial

Wednesday, 19 March 2014

Terapi Pergerakan Kreatif

Defenisi Terapi Pergerakan Kreatif

pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan.

            Aspek Pergerakan Kreatif

                 a) Lokomotor
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan badan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. 
Contoh pergerakan lokomotor
                            i) berjalan
                           ii) melompat
                           iii) merangkak

                 b) Bukan lokomotor
Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik. 
Contoh pergerakan bukan lokomotor
                           i) berlari setempat
                           ii) melompat setempat
                          iii) imbangan bangau

      c) Manipulasi alatan
Manipulasi alatan ialah aktiviti yang mana alatan digunakan untuk membentuk pergerakan. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal dan mengawasi sesuatu objek. 
Contoh manipulasi alatan
                 i) melantun bola ambil berjalan
                ii) memusingkan gelung dengan tangan
                         iii) skipping sambil berjalan

  Tema pergerakan
Pergerakan kreatif mempunyai enam belas tema sebagai panduan dalam pengajaran dan pembelajaran.

          Tema 1 : Kesedaran tubuh badan
          Tema 2 : Kesedaran rintangan kepada beban dan masa 
          Tema 3 : Kesedaran ruang
         Tema 4 : Aliran beban badan dalam ruang dan masa   
         Tema 5 : Penyesuaian terhadap kawan.
         Tema 6 : Penggunaan tubuh badan sebagai alat.
         Tema 7 : Lapan lakuan daya asas
         Tema 8 : Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan.
         Tema 9 : Bentuk-bentuk pergerakan.
       Tema 10 : Gabungan lakuan daya asas.
       Tema 11 : Orientasi ruang
      Tema 12 : Guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya dalam pergerakan.
       Tema 13 : Penaikan dari lantai.
      Tema 14 : Kesedaran berkumpulan.
     Tema 15 : Formasi pergerakan dalam kumpulan.
     Tema 16 : Kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan.


Faedah Terapi Pergerakan Kreatif

Secara umumnya terdapat pelbagai manfaat yang diperolehi menerusi terapi kreatif iaitu dapat meningkatkan kesedaran diri ,harga diri dan autonomi peribadi . Ini penting untuk menaiikkan moral murid pendidikan khas ini. Moganya mereka akan lebih berkeyakinan dalam menjalankan aktiviti dengan baikdan tiada rasa takut untuk mencuba.Selain itu murid akan mengalami hubungan antara fikiran , perasaan dan tindakan . Contohnya murid dapat menagaitkan antara kesakitan dan kesedihan. Apabila dipukul @ disakiti maka akan ada yang akan menangis. Ini adalah salah satu hubungkait antara perasaan dan tindakan. Meluah atau mengekspresikan dan menguruskan perasaan atau fikiran yang tertekan juga adalah kepentingan dalam pergerakan kreatif ini. Ia bertujuan untuk menenangkan minda murid dari adanya sifat tertekan. Ia bahaya kerana boleh merangsang minda murid menjadi tertekan dan boleh melakukan sesuatu yang tidak diingini.

Memaksimumkan sumber komunikasi juga boleh digunakan untuk murid bercakap dengan rakan mereka yang lain untuk membina hubungan itu dengan baik. Meningkatkan sumber tenaga dalaman seperti keyakinan diri melalui aktiviti bermain yang terkandung dalam gerakan kreatif. Ini lebihkepada sikap bekerjasama untuk saling membantu antara satu sama lain. Di samping itu, mengembangkan hubungan saling percaya untuk membina hubungan yang baik antara rakan mereka dalam melakukan aktiviti dan saling percaya.
           
Menguruskan perasaan yang mengganggu belajar. Ini dapat digunakan di dalam kelas kerana untuk mengelakkan dari murid pendidikan khas ini mengganggu murid lain untuk belajar.Terapi kreatif juga boleh digunakan untuk menyembuhkan atau mengurangkan stress.,selain sangat berkesan dalam membantu pelajar berkeperluan khas meminimakan masalah ketidakupayaan yang dihadapi dan seterusnya meningkatkan serta memaksimakan potensi kanak –kanak berkeperluan khas.Kepentingan terapi kreatif ini banyak membantu kanak –kanak berkeperluan khas seperti Autisme. Contohnya aktiviti gerakan pada peringkat sensori motor memberikan rasa penerimaan dan memperluaskan kemahiran dan kemampuan kognitif serta akan meningkatkan kematangan.



Contoh Aktiviti Terapi Pergerakan Kreatif

PERLAKSANAAN
MASALAH
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Drama

-       Watak seperti nenek kebayan sedang keluar secara misteri dan menari ketika muzik sedang dimainkan, kanak-kanak boleh menunjukkan respon dengan ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-sama nenek kebayan kerika menjadi penonton.

MUZIK
-       Aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan
-        
TARIAN
-       Murid bergerak seperti seekor burung semasa muzik dipasangkan dengan tempo yang perlahan.
-       Murid duduk di depan cermin dan membuat memek muka yang berlainan semasa menari.
-       Berdepan dengan rakan dan minta rakan membuat air muka yang sama dengannya.

MASALAH KOMUNIKASI
-       Murid sukar mengikut arahan guru
-       Tidak faham cara melakukan pergerakan
-       Masalah dalam memberikan tindakbalas
-       Murid tidak aktif

MASALAH FIZIKAL
-       Pergerakan terbatas
-       Respon lambat
-       Keliru dengan pergerakan

MASALAH PERALATAN
-       Memerlukan peralatan yang sesuai
-       Masalah dalam pemilihan perlatan
-       Keselamatan peralatan

MASALAH GURU
-       Kurang pengetahuan
-       Kemahiran  rendah
-       Tidak kreatif
-       Tidak mewujudkan iklim kreativiti

MASALAH TINGKAH LAKU
-       Sukar menguruskan tingkah laku murid
-       Sukar membentuk kerjasama semasa menjalankan aktiviti

-       Tindakan guru adalah cuba menggunakan pelbagai gaya untuk melakukan aktiviti.
-       Guru perlu mempelbgaikan jalan cerita untuk murid
-       Aktiviti permainan perlu selaras dengan keupayaan murid
-       Peralatan perlu sesuai dengan aktiviti untuk mengelakkan berlakunya kemalangan
-       Guru perlu selidik dan perlu tahu untuk melakukan aktiviti


Terapi Pertututran

Defenisi Terapi Pertuturan

Pertuturan ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat pertuturan(artikulator). Pertuturan juga boleh bermaksud bercakap, hasil daripada percakapan, apa yang dituturkan, bahasa sesuatu negara atau bangsa ataupun dialek tersendiri sesebuah wilayah atau tempat. Terapi ini juga merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana bahasa manusia.

Terapi pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi oleh seseorang individu. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor fizikal atau mental.Contoh masalah fizikal ialah sumbing. Keadaan ini secara tidak langsung menjadi penghalang kepada murid dalam aspek pertuturan meraka.

Terapi pertuturan juga  merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi.Terapi ini bertujuan membantu mereka mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa . Dengan ini dapat melatih murid yang bermasalah artikulasinya dengan latihan-latihan asas.

Contoh Aktiviti Terapi Pertuturan

Aktiviti:Meniup Belon
Bahan: Belon
Langkah-langkah Pelaksanaan:

1.    Guru menyediakan beberapa belon yang belum diisi angin atau gas di dalam belon tersebut.
2.    Murid diarah untuk mengambil belon masing-masing dan menuip belon tersebut.
3.    Mana-mana murid yang dapat menuip belon dengan lebih capat dan belonya yang paling besar dikira pemenang.

KEBAIKAN
1.    Dapat melatih alat artikulasi murid-murid yang lemah.
2.  Murid dapat berlatih mengawal udara ketika meniup belon. Hal ini kerana pertuturan juga melibatkan udara dalam paru-paru ditiup.
3.    Aktiviti ini juga dapat melembutkan lidah murid-murid .
4.    Membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa
5.    Meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial individu


            Aktiviti terapi pertuturan  adalah penting dalam membantu mereka menguasai kemahiran pertuturan. Aktiviti ini juga dapat melatih dan membantu murid menguatkan alat artikulasi mereka yang lemah. Selain itu juga dalam terapi pertuturan ini murid diajar untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Oleh yang demikian mereka dapan menyebut dengan menghasilkan fonem yang betul. Contohnya murid dapat menyebut huruf vokal dengan nada yang betul dan baik.


            Aktiviti tiupan, dapat membantu murid dari aspek kebiasaan untuk melembutkan lidah mereka. Selain itu juga aktiviti tiupan ini membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu. Contohnya murid yang sengau atau sumbing mereka dapat mempelajari kemahiran mengawal alat artikulasi mereka seperti mengawal lelangit mulut mereka dalam menyebut perkataan. 

Tuesday, 18 March 2014

Terapi Bowling

TERAPI BOWLING K15&K16


Pada hari Isnin bersamaan 27 Januari 2014 yang lepas, kumpulan kami telah menganjurkan satu terapi bowling yang bertujuan untuk mendedahkan lagi kemahiran-kemahiran yang perlu ada semasa bermain bowling, murid-murid Pendidikan Khas khususnya. 

Terapi bowling ini di bawah bimbingan 2 orang pensyarah yang tersayang iaitu Encik Kamarul Bahrin dan Puan Hajah Satariah. 

Encik Kamarul Bahrin
Puan Hajah Satariah


Pelbagai kaedah dan teknik yang kami perolehi dan pelajari sepanjang perjalanan program terapi ini dilangsungkan. Antaranya ialah kaedah memegang bola bowling, fasa-fasa sebelum, semasa dan selepas bermain bowling. Kami didedahkan juga dengan cara pemakaian yang sesuai semasa bermain bowling. Segala intipati yang kami perolehi sepanjang program terapi bowling ini boleh kami aplikasikan pada kanak-kanak bermasalah pembelajaran di sekolah nanti.

Sekian Terima Kasih.

aksi juara bowling dari Kuala Penyu, Sabah

aksi juara bowling dari Bintulu, Sarawak

Penyampaian hadiah disampaikan oleh Puan Hajah Satariah